Wednesday, April 29, 2009

We Value Your Thoughts and Ideas!

Kepada semua pelanggan kami,

Terima kasih diatas sokongan yang diberikan dan kesetiaan sebagai pelanggan kepada barangan syarikat kami. Untuk maju ke hadapan kami amat mengalu alukan segala pertanyaan, cadangan, pandangan serta komen untuk dijadikan panduan kepada kami untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Jika boleh kami ingin meletakkan senarai pelanggan kami sebagai tanda penghargaan, tetapi jumlahnya terlalu ramai. Cukuplah jika saya katakan you know who you are!


Oleh itu, blog ini dapat dijadikan platform untuk kami berhubungan dengan pelanggan dan peminat setia barangan kami. Kami akan memberi response kepada sebarang pertanyaan atau cadangan seberapa pantas yang boleh. Ini adalah komitment kami.

Akhir kata daripada kami - Please keep yourself updated with our new promotions and product range!


Terima Kasih


-N.R-

Akan Datang - Cotton for Babies and Toddlers!!


Nantikan kemunculan new product range kami iaitu pakaian cotton untuk baby dan kanak-kanak!



Bagi anak-anak kecil, keselesaan pemakaian akan menjamin keceriaan berpanjangan.



Kami akan update blog ini dengan gambar2 baju cotton untuk kanak-kanak.

Beminat Menjadi Pengedar?

Peluang yang amat dinantikan oleh usahawan dan bakal usahawan wanita telah tiba!
Kami membuka peluang kepada golongan wanita yang mempunyai hasrat untuk menjadi pengedar (dealer) untuk barangan seperti di bawah:
  1. English Cotton
  2. Bantal Kekabu
  3. Lain-lain barangan (terdapat lebih 10 jenis barangan lain)

Untuk keterangan lanjut, sila kunjungi kedai kami di Amcorp Mall atau di Medan Mara untuk berhubung terus dengan pengusaha syarikat.

Dealership On Consignment basis boleh dirundingkan, dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Pembukaan Cawangan Ke- 2

Alhamdullilah, dengan berkat usaha dan sokongan daripada pelanggan tetap kami, kami telah bejaya membukan cawangan kedua Eyana House of Cotton di Tingkat 2, Medan Mara.

Cawangan ini dibuka untuk memudahkan pelanggan di sekitar KL untuk mengunjungi kami pada masa pejabat atau weekend.

Kedai kami dibuka pada setiap hari, dari 9 pagi sehingga 6 petang.

Sila kunjungi untuk mendapatkan keluaran English Cotton terkini!

Bantal Kekabu - RM 29 (termasuk plain cover)

Bantal kekabu yang dijual - berlainan saiz.

Happy Shopping!





Bantal yang telah disiapkan untuk dihantar ke pelanggan

Bantal Kekabu

Selain English Cotton, kedai kami juga menjual Bantal Kekabu. Seiring dengan tagline kami, iaitu "Keselesaan adalah Keceriaan", kami amat mementingkan keselesaan setiap pelanggan, dari segi fizikal (pakaian) dan mental, emotional (bantal kekabu).

Kekabu yang digunakan adalah ORIGINAL. Produk ini telah mendapat sambutan yang amat hangat daripada semenanjung, Sabah dan Sarawak. Terdapat beberapa hotel dan hospital private yang menggunakan bantal kekabu kami kerana telah terbukti keselesaannya.

Kami percaya, badan yang sihat, minda yang cergas berpunca daripada tidur yang lena dan selesa. Ini dibuktikan apabila beberapa pelanggan yang mempunyai sakit belakang datang membeli bantal kekabu kami di atas nasihat doktor. Bantal ini bukan dapat merawat atau menyembuhkan sakit belakang tetapi membantu mengurangkan rasa sakit ketika tidur akibat tidak selesa.

Batal kami adalah bantal standard yang berukuran "18"x 28", dijual pada harga RM 29 (market RM 35 ke atas) termasuk sehelai sarung bantal (plain)

Selain itu, kami juga menawarkan Baby Set dengan corak yang ceria. Harga bagi Baby set adalah berdasarkan kuantiti bantal dan tilam yang diminta. Semuanya adalah made to order.

Gambar bantal yang dijual dipamerkan di dalam post akan datang.

English Cotton - Corak Terkini







Di atas permintaan dan respon yang menggalakkan, kami sentiasa mengimport stok terkini untuk memberi advantage kepada setiap pelanggan yang datang.






Corak yang dijual adalah "Masterpiece", iaitu 2 pasang untuk setiap corak. Oleh itu, kebarangkalian untuk sama dengan orang lain amatlah tipis. Ini adalah berdasarkan "First Come First Serve" Jika berminat, kami boleh terima deposit dan ambil kemudian.
1

c

English Cotton

Mungkin ada yang bertanya, mengapa English Cotton? Apa yang dimaksudkan dengan perkataan English Cotton ini adalah, coraknya yang mempunyai elemen tradisional English serta pembuatannya yang amat halus daripada benang yang berkualiti tinggi. Pemakai akan merasa selesa dan sejuk sentiasa.

Corak yang kami pasarkan adalah sama seperti corak baju siap yang dijual di Laura Ashley dan butik-butik pakaian Eropah. Akan tetapi harga yang dijual di kedai kami amatlah berpatutan.

  • Harga bagi sepasang English cotton (4 meter, sesuai untuk dibuat baju kurung) adalah RM 120 sahaja (market RM 180 ke atas). Kami juga menawarkan English Cotton potongan 2 meter untuk pelanggan yang ingin menempah kemeja. Pembelian dalam kuantiti yang tinggi akan kami pertimbangkan harganya.

  • Harga bagi kain-kain lain pula seperti Swiss Voile, Linen, Kudroy, Creep pula adalah diantara RM 180 ke RM 250 sahaja.

Kami merupakan "Exclusive Importer" bagi English Cotton ini. Kain-kain ini diimport daripada negara Eropah dan Asia Barat yang sebahagiannya akan dibeli oleh pembuat pakaian jenama terkenal. Kami akan memilih sendiri kain-kain ini supaya bersesuaian dengan citarasa tempatan.

Kami akan pamerkan sebahagian collection English Cotton di dalam post akan datang.

Eyana House of Cotton - Cawangan PJ



Setelah sekian lama kami menjalankan perniagaan ini secara tertutup, akhirnya di atas permintaan ramai kami telah membuka outlet pertama kami di Lot 337, Tingkat 3, Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Cawangan ini telah dibuka pada pertengahan tahun 2008. Di sini kami menjual pelbagai jenis English Cotton (4 meter) dengan pelbagai corak. English Cotton yang dijual amat bersesuaian untuk dibuat baju kurung (dewasa dan kanak-kanak), kebaya dan juga kemeja perempuan dan lelaki.

Kami amat mementingkan kualiti dan esklusif. Oleh sebab itu, English Cotton yang dijual ini adalah dalam kuantiti yang terhad bagi setiap corak yang boleh juga dipanggil "Masterpiece".







Butik kami di buka setiap hari,
9.30 pagi sehingga 8 malam.