Sunday, June 7, 2009
PROMOSI ULANG TAHUN PERTAMA EYANA HOUSE OF COTTON
Wednesday, April 29, 2009
We Value Your Thoughts and Ideas!
Terima kasih diatas sokongan yang diberikan dan kesetiaan sebagai pelanggan kepada barangan syarikat kami. Untuk maju ke hadapan kami amat mengalu alukan segala pertanyaan, cadangan, pandangan serta komen untuk dijadikan panduan kepada kami untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Jika boleh kami ingin meletakkan senarai pelanggan kami sebagai tanda penghargaan, tetapi jumlahnya terlalu ramai. Cukuplah jika saya katakan you know who you are!
Oleh itu, blog ini dapat dijadikan platform untuk kami berhubungan dengan pelanggan dan peminat setia barangan kami. Kami akan memberi response kepada sebarang pertanyaan atau cadangan seberapa pantas yang boleh. Ini adalah komitment kami.
Akhir kata daripada kami - Please keep yourself updated with our new promotions and product range!
Terima Kasih
-N.R-
Akan Datang - Cotton for Babies and Toddlers!!
Beminat Menjadi Pengedar?
- English Cotton
- Bantal Kekabu
- Lain-lain barangan (terdapat lebih 10 jenis barangan lain)
Untuk keterangan lanjut, sila kunjungi kedai kami di Amcorp Mall atau di Medan Mara untuk berhubung terus dengan pengusaha syarikat.
Dealership On Consignment basis boleh dirundingkan, dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Pembukaan Cawangan Ke- 2
Cawangan ini dibuka untuk memudahkan pelanggan di sekitar KL untuk mengunjungi kami pada masa pejabat atau weekend.
Kedai kami dibuka pada setiap hari, dari 9 pagi sehingga 6 petang.
Sila kunjungi untuk mendapatkan keluaran English Cotton terkini!
Bantal Kekabu - RM 29 (termasuk plain cover)
Bantal Kekabu
Kekabu yang digunakan adalah ORIGINAL. Produk ini telah mendapat sambutan yang amat hangat daripada semenanjung, Sabah dan Sarawak. Terdapat beberapa hotel dan hospital private yang menggunakan bantal kekabu kami kerana telah terbukti keselesaannya.
Kami percaya, badan yang sihat, minda yang cergas berpunca daripada tidur yang lena dan selesa. Ini dibuktikan apabila beberapa pelanggan yang mempunyai sakit belakang datang membeli bantal kekabu kami di atas nasihat doktor. Bantal ini bukan dapat merawat atau menyembuhkan sakit belakang tetapi membantu mengurangkan rasa sakit ketika tidur akibat tidak selesa.
Batal kami adalah bantal standard yang berukuran "18"x 28", dijual pada harga RM 29 (market RM 35 ke atas) termasuk sehelai sarung bantal (plain)
Selain itu, kami juga menawarkan Baby Set dengan corak yang ceria. Harga bagi Baby set adalah berdasarkan kuantiti bantal dan tilam yang diminta. Semuanya adalah made to order.
Gambar bantal yang dijual dipamerkan di dalam post akan datang.
English Cotton - Corak Terkini
c
English Cotton
Corak yang kami pasarkan adalah sama seperti corak baju siap yang dijual di Laura Ashley dan butik-butik pakaian Eropah. Akan tetapi harga yang dijual di kedai kami amatlah berpatutan.
- Harga bagi sepasang English cotton (4 meter, sesuai untuk dibuat baju kurung) adalah RM 120 sahaja (market RM 180 ke atas). Kami juga menawarkan English Cotton potongan 2 meter untuk pelanggan yang ingin menempah kemeja. Pembelian dalam kuantiti yang tinggi akan kami pertimbangkan harganya.
- Harga bagi kain-kain lain pula seperti Swiss Voile, Linen, Kudroy, Creep pula adalah diantara RM 180 ke RM 250 sahaja.
Kami merupakan "Exclusive Importer" bagi English Cotton ini. Kain-kain ini diimport daripada negara Eropah dan Asia Barat yang sebahagiannya akan dibeli oleh pembuat pakaian jenama terkenal. Kami akan memilih sendiri kain-kain ini supaya bersesuaian dengan citarasa tempatan.
Kami akan pamerkan sebahagian collection English Cotton di dalam post akan datang.
Eyana House of Cotton - Cawangan PJ
Setelah sekian lama kami menjalankan perniagaan ini secara tertutup, akhirnya di atas permintaan ramai kami telah membuka outlet pertama kami di Lot 337, Tingkat 3, Amcorp Mall, Petaling Jaya.
Cawangan ini telah dibuka pada pertengahan tahun 2008. Di sini kami menjual pelbagai jenis English Cotton (4 meter) dengan pelbagai corak. English Cotton yang dijual amat bersesuaian untuk dibuat baju kurung (dewasa dan kanak-kanak), kebaya dan juga kemeja perempuan dan lelaki.
Kami amat mementingkan kualiti dan esklusif. Oleh sebab itu, English Cotton yang dijual ini adalah dalam kuantiti yang terhad bagi setiap corak yang boleh juga dipanggil "Masterpiece".
Butik kami di buka setiap hari,
9.30 pagi sehingga 8 malam.